Friday, November 11, 2011

Sahabat ...Rindu ♥


Heart whispering :


Tidak pernahku
sangka apa yang akan menembus keras
hatiku adalah sebuah persahabatan,
Yang dimulai pada sebuah bulatan,
Yang dienjak melalui bibit
perkenalan,
Yang dipasakkan dalamnya Islam dan
kefahaman…. Yang diteguhkan dengan
masalah dan perkongsian,
Benar-benar siapa menyangka,
Persahabatan dari manusia yang berbeza
latar belakangnya,
Telah membentuk setiakawan  yang luar biasa.
Kerana apa sahabat?
Kita bertemu dalam penat,
Dan kita menjadi teguh di masa tenat.
Bukan hadiah dan tawa yang
Menyumbang kepada rapat,
Tetapi keikhlasan dan ukhuwah serta
kemurniaan sifat.
Kini, semua kita di landasan sendiri,
Membawa haluan dan mendepani
tribulasi,
Tapi air mata tetap tumpah membasahi,
Bila namamu disebut di depan diri ini.
Salam rindu.

 ♥

No comments: