Teman, aku
ingin....
Teman tersayang,
Aku ingin kita
seperti Abu Bakar al-Sidiq,
Persahabatan
terjalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban
bukan sedikit,
Cintakan
kebenaran, sanggup bersakit.
Serta tawakal Ibrahim
mulia,
Ketika meninggalkan
insan tercinta,
Di bumi tandus
tanpa bicara,
Menyakini Allah
sebagai Penjaga.
Aku impikan
antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala
tunduknya manusia,
Bersuara tatkala
diamnya mereka,
Menggerunkan
musuh durjana.
Serta senyuman
Syed al-Qutb,
Ketika berhdapan
dengan tali maut,
Akidah mantap
tidak terenggut,
Roh dakwahnya
tidak surut.
Aku ingin kita
seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan
Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu
tua,
Lantas syahid,
rohnya ke syurga.
Marilah kita
menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih
mengegar dunia,
Merelakan
tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan
kalam Allah dan Rasul.
Aku cintakan
pemuda Giffari,
Menentang
kezaliman walupun diancam,
Moga kan lahir
lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang
tidak pernah suram.
Aku ingin kita
sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai
saudaranya,
Walaupun dihumban
ke perigi tua,
Terpisah dari
ayahanda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya
pusara Masyitah,
semerbak kasturi.
Aku ingin
persahabatan indah ini,
Bisa menjadi
syafaat,
Di Mahkamah
Mahsyar nanti....
Kata-kata ni dipetik dari novel Tautan Hati tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin,novelis
Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006.
No comments:
Post a Comment