Kata Ganti Nama ???
Ha meh sini, hari ni kita buat kelas Bahasa Melayu/Malaysia
pun boleh. Hee~
Tiba2 terfikir tentang kata ganti nama ni, ye la slalunya
kan kita guna macam2 panggilan dalam membahasakan diri bila bercakap dengan
orang lain. Ada kisahnya…kejap lagi cerita. Sabar2. Kita belajar asas dia dulu okeh.
Mari2..
Ganti Nama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ginti diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Ganti Nama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ginti diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Ha nampak tu? Meh cek nak habaq mai contoh dia pula. Kita bagi yang common sense punyalah, karang kurang faham pulak. Selalu kamu2 semua guna yang mana? Jeng2...hey motif kau nak jeng2? ;P
Keluarga
Mostly akan guna 'saya awak' ataupun membahasakan ikut hierarchy , 'AbangLong, Kaklong, Adik dan sewaktu dengannya. Atau pun guna nama sendiri2 je.
Kawan-kawan
Owh, ini memang banyak sangat, yang tak ada dalam kamus pun masuk. Semua di atas, 'wa lu'- huh urban sangat ke?, 'i you'-mat salleh la plak kan. Takpun guna nama sendiri - bunyi manja sikit. Paling best 'kita awak' -teringat zaman sekolah dulu memang selalu guna yang ini; comel kot. ;P
Kekasih
Hahah. Sebelum nak diterangkan dah nak gelak dulu. Opps..Ok2, berbalik pada topik. 'I You', 'Saya Awak', pengunaan nama sendiri itu semua mula2 je. Once dah declare katanya, yeah time to change. 'Abang Sayang', 'B, Ayang', 'Kanda Dinda'- kadang2 suka guna ni , feeling2 bahasa istana, 'Cinta Hunny' dan macam2 lagi la. List semua karang korang muntah pulak. Ahaha~ Paling tak boleh diterima akal -'Mummy Daddy' , 'Mama Papa'- erkk ni dah kawin ke? Geli telinga ni ha. Ish2....
Kesimpulannya, panggilan semua ni terpulang pada diri masing2, tujuan wujudnya nama pengganti diri adalah untuk menunjukkn rasa hormat pada seseorang bila kita bercakap. Jangan pulak time baik, hati bunga2, sayang, intan payung, permata berlian, segala la yang manis2 belaka. Kala bergaduh, hati emo, yeah amik kau...keluar semua 'aku kau jantan betina'- terkedu jugak la kan. Habis hilang sopan santun dah.
Dik, kalau awak tuh berbeza belasan tahun dengan cik abang tu, ke pakcik makcik mana2 ke, bawak2 bersopan sikit, hormat la sikit, ni bercakap pun dah tak guna akal, syaitanirajim dalam kepala eh? Penggunaan 'aku kau' tu teramatlah sangat kurang ajar atau nak sedapkan ayat 'kurang asam punya budak'. Sedih. Ish2... Sebab itu orang kata, kita boleh menilai seseorang melalu percakapan dia. Betul kan?
Ok la sekian kelas bahasa untuk hari ini ;P
No comments:
Post a Comment